|
Bahan-bahan yang terdapat di dalam laman web ini diedarkan oleh Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu atau ("ITIS") mewakili Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau ("DBKL") hanyalah sebagai sumber maklumat sahaja.
Pelbagai usaha telah diambil untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah tepat. Walaubagaimanapun, DBKL, pekerjanya, agensinya, perwakilannya dan organisasi-organisasi lain yang berkaitan dengannya dalam usaha menyediakan maklumat ini tidak mengaku bertanggungjawab di atas segala ketidaktepatan, kesilapan, ketinggalan, kelewatan dan segala kekurangan yang seumpama dengannya dan berkaitan dengan maklumat yang dipaparkan di laman web ini; dan tidak termasuk mana-mana atau segala tanggungjawab di dalam apa jua bentuk termasuklah kecuaian di atas mana-mana atau kesemuanya ke atas seseorang individu atau entiti yang memilih untuk menggunakan maklumat tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa kesemua peta yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah bukan hakmilik DBKL. Dengan ini, peta-peta ini atau sebahagian daripadanya tidak boleh digunakan atau dihasilkan di dalam apa jua cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak tuan milik. DBKL tidak bertanggungjawab di atas segala penghasilan semula peta ini atau sebahagian daripadanya di dalam apa jua bentuk sekalipun.
DBKL tidak membuat sebarang jaminan bahawa maklumat di dalam laman web ini bebas daripada jangkitan virus computer atau virus-virus lain. DBKL menyarankan agar para pengguna mengunakan perisian anti-virus yang bersesuaian sebelum memuat turun apa-apa maklumat daripada laman web ini. DBKL mengaku tidak akan bertanggungjawab di dalam sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna yang memasuki, menggunakan dan memuat turun sebarang maklumat daripada laman web ini.
|