Mesej daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Datuk Mohmad Shaid bin Mohd. Taufek.

Ketibaan Sistem Maklumat Pengangkutan untuk Kuala Lumpur tepat pada waktunya dan bersesuaian dengan objektif cadangan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, yang bertujuan untuk memperbaiki infrastruktur serta kualiti hidup penduduk bandaraya tersebut.

Sebagai sebuah bandaraya yang berkembang pesat untuk menghadapi cabaran abad ke 21, Kuala Lumpur memerlukan sebuah infrastruktur yang setanding dengan bandaraya-bandaraya besar di seluruh dunia untuk bersaing di dalam era globalisasi.

Dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa mencari langkah-langkah untuk memperbaiki taraf hidup penduduknya. Saya percaya langkah kerajaan melaburkan sejumlah yang besar membina projek infrastruktur yang sebegini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memenuhi keperluan komuniti dengan lebih berkesan.

Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (SMPB) dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, memperbaiki pengurusan trafik dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di kawasan bandaraya supaya dapat menjadi sebuah persekitaran yang sihat untuk penghuninya menjalankan aktiviti-aktiviti mereka seperti perniagaan, hiburan dan sukan.

Pendek kata, kemajuan SMPB akan sentiasa meyumbang kepada pembangunan dan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia serta meletakkannya sebagai sebuah destinasi pelancongan dan pelaburan di mata dunia.





> Tonton klip video perlancaran ITIS
> Ikuti perkembangan project ITIS
> Tip memandu

2006©Hak Cipta Terpelihara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Peta Laman Akuan