 |
 |

Sering terperangkap di dalam kesesakan lalulintas? Mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke tempat kerja setiap hari? Kami menyediakan senarai tip jalan pintas yang mungkin dapat memudahkan perjalanan and untuk sampai ke destinasi yang dituju.
- Kesesakan di Jalan Kuching
Jika anda datang dari arah Jalan Mahameru menuju Bulatan Jalan Duta, ambil Jalan Tun Ismail (melepasi The Mall dan Stesen KTM Komuter) dan Jalan Tunku. Belok ke kanan ke Jalan Lenggok Tunku melalui Taman Tunku dan IKIM (di belah kanan anda). Pandu terus dan anda akan sampai ke Bulatan Jalan Duta tanpa terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas!
- Cara mudah untuk sampai ke pertukaran Motorola di Lebuhraya Damansara - Puchong
Keluar dari Lebuhraya Damansara-Puchong di susur keluar Taman Megah dan belok kanan ke Jalan SS 4A/1. Anda akan berjumpa dengan satu bulatan, buat bulatan 180 darjah memasuki Jalan Masjid. Pandu terus sehingga anda menjumpai susur keluar Jalan Masjid ke Lebuhraya Damansara-Puchong.
- Memasuki Kawasan Tigasegi Emas dari Jalan Pudu
Dari Jalan Pudu, belok ke kiri memasuki Jalan Tong Shin (sebelum persimpangan Jalan Imbi). Ikut Jalan Sahabat dan terus ke Lorong Ceylon. Anda akan keluar ke Jalan Raja Chulan melepasi pintu masuk tepi Hotel Istana. Belok kiri ke Jalan Sultan Ismail atau terus untuk ke Jalan Pinang atau Jalan Kia Peng.
|  |
|
 |
|