Kuiz Kesopanan di Jalan Raya

Seringkali kita berjumpa dengan pemandu yang tidak bersopan dan gopoh di jalan raya. Pernahkah kita hilang kesabaran kerana pemandu tersebut membunyikan hon keretanya berulang-ulang kali, melanggar lampu isyarat dan memotong barisan dengan sesuka hati?

Sebelum kita menuding jari ke arah pemandu yang bersalah, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri - Adakah kita seorang pemandu yang berhemah?

Jawab soalan-soalan kuiz di bawah untuk mengetahui samada anda seorang pemandu yang berhemah atau tidak?

1. Anda sedang memandu. Tiba-tiba telefon bimbit anda berdering dan anda tidak mempunyai kit bebas-tangan. Adakah anda:

A. Menjawab panggilan tersebut dan berbual panjang
B. Menjawab panggilan dan beritahu pemanggil yang anda sedang memandu dan akan memanggil semula kemudian
C. Tidak menjawab panggilan

2. Anda sedang memandu di lorong laju di lebuhraya supaya tidak terlewat temujanji. Pemandu di hadapan anda memandu mengikut halaju tetapi melambatkan anda. Anda:

A. Membunyikan hon dan memberi isyarat lampu sehingga pemandu tersebut memberi anda laluan
B. Memotong dari sebelah kiri
C. Mengikut halaju yang ditetapkan dan mengekori kereta di hadapan dalam jarak yang selamat - Memandu dengan selamat adalah lebih penting dari memecut atau dikenakan saman.

3. Deretan kereta yang menunggu untuk membelok ke kanan di lampu isyarat sangat panjang. Anda juga ingin membelok ke kanan dan sampai cepat ke rumah kerana ingin menggunakan bilik air. Anda:

A. Memandu di sebelah kiri dan masuk ke barisan hadapan apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau
B. Menunggu giliran di dalam barisan dan membunyikan hon apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau
C. Menunggu giliran dalam barisan dengan sabar

4. Lampu isyarat rosak. Ia menyalakan lampu isyarat hijau terlalu cepat memberi laluan hanya kepada empat atau lima kereta sebelum bertukar kepada lampu kuning, menyebabkan kesesakan trafik. Anda adalah kereta ketujuh di dalam barisan. Apabila lampu isyarat bertukar kepada hijau, hanya lima kereta di hadapan anda mendapat laluan sebelum ia bertukar kepada kuning. Kereta di hadapan anda melanggar lampu isyarat kuning. Anda:

A. Memecut dan melanggar lampu kuning
B. Perhatikan trafik dari arah bertentangan dan melanggar lampu isyarat kuning jika tiada kereta
C. Berhenti dan tunggu giliran

5. Jam menunjukkan pukul tiga petang dan anda sedang dalam perjalanan ke tempat temujanji. Lampu isyarat menunjukkan warna merah dan anda berhenti di depan kawasan sekolah. Terdapat kotak kuning di atas jalan. Anda:

A. Memandu ke dalam kotak kuning dan tunggu - jika terdapat pelajar keluar sekolah
B. Memandu ke dalam kotak kuning dan mengekori kereta di hadapan serapat mungkin untuk memberi ruang kepada pelintas jalan
C. Tunggu di belakang kotak kuning sehingga kereta di hadapan bergerak


  E-mail kepada kawan Cetak artikel ini






>Tip pemandu berhemat
>Prihatin pengguna jalan raya yang lain
>Kawal kemarahan anda
>Kesopanan bermula dengan anda

 
2006©Hak Cipta Terpelihara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Peta Laman Akuan