 |
 |
| S1. |
Apakah Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu atau ITIS? |
| J1. |
Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu atau ITIS ialah suatu sistem maklumat pengangkutan bersepadu yang dibina khas untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawasi aliran trafik serta menganalisa data keadaan lalulintas di Lembah Kelang untuk disampaikan kepada pengguna jalan raya. |
 |
| S2. |
Bagaimana ITIS berfungsi? |
| J2. |
ITIS menyepadukan sistem pengangkutan jalan raya yang tidak teratur dan menyediakn suatu platfom komunikasi bagi sistem jalan raya di Lembah Kelang. ITIS disokong kuat oleh dua sistem penyokong iaitu Sistem Pengurusan Trafik Terkini (ATMS) dan Sistem Maklumat Perjalanan Terkini (ATIS) yang berlokasi di Pusat Pengurusan Trafik (TMC). |
 |
| S3. |
Apakah Sistem Pengurusan Trafik Terkini atau ATMS? |
| J3. |
Sistem Pengurusan Trafik Terkini (ATMS) menyediakan operator DBKL dengan suatu paparan bersepadu dan hubungan data dengan sistem kawalan trafik yang lain untuk mengawasi rangkaian trafik seperti lokasi insidens, jumlah trafik, tahap kesesakan dan kamera televisyen litar tertutup (CCTV). |
 |
| S4. |
Apakah Sistem Maklumat Perjalanan Terkini atau ATIS? |
| J4. |
Sistem Maklumat Perjalanan Terkini (ATIS) ialah sistem penyepaduan data yang bersepadu dengan ATMS untuk memberi informasi trafik yang tepat dan berguna kepada pengguna jalan raya. |
 |
| S5. |
Apakah kawasan yang diliputi oleh ITIS? |
| J5. |
Secara geografi, sistem ITIS merangkumi kesemua jalan utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuklah pemantauan 45 jalan utama di Lembah Kelang. Contohnya Lingkaran Dalam (Jalan Raja Chulan), Lingkaran Tengah 1 (Jalan Tun Razak), Lingkaran Tengah 2 dan jalan-jalan utama seperti Lebuhraya Persekutuan Laluan Kedua, Jalan Ampang, Jalan Sentul, Lebuhraya KL-Seremban dan sebagainya. Kesimpulannya, sistem ini memantau rangkaian jalanraya sepanjang 200km. |
 |
 |
 |
| S6. |
Adakah ITIS memantau kesemua lebuhraya? |
| J6. |
Sistem ITIS tidak bertindih dengan konsesi lebuhraya bertol yang mempunyai sistem kawalan dan pemantauan trafik sendiri. Tumpuan kami ialah jalan-jalan bandar dan persekutuan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
 |
| S7. |
Apakah Pusat Pengurusan Trafik atau TMC? |
| J7. |
Pusat Pengurusan Trafik (TMC) berfungsi sebagai pusat sistem ITIS yang menerima, memproses dan menyebar data pada sepanjang masa. Sebagai pusat misi kritikal, TMC mengumpul segala infomasi mengenai rangkaian trafik, memprosesnya dan menyepadukan dengan pusat kawalan data yang lain untuk menghasilkan informasi yang berguna bagi DBKL mengawasi operasi rangkaian jalan raya dan menyusun strategi untuk memperbaiki keadaan. |
 |
| S8. |
Bagaimana ITIS dapat membantu saya? |
| J8. |
ITIS menyampaikan informasi trafik yang tepat dan berguna untuk membantu anda merancang perjalanan di sekitar Lembah Kelang. Anda boleh mendapatkan informasi berkaitan trafik dari portal ITIS dan melalui telefon mudah alih anda di masa hadapan. |
 |
| S9. |
Bolehkah ITIS beroperasi seiring dengan sistem ITS lain? |
| J9. |
Kami memantau terutamanya informasi trafik. Tumpuan kami ialah menyepadukan informasi trafik dari sumber-sumber yang berlainan seperti konsesi-konsesi lebuhraya, operator rel dan bas dan sebagainya melalui rangkaian pengesan data (Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV), pengesan kemalangan automatik (AID)). Sistem ini dibina lengkap dengan keupayaan teknologi pengesan dan pengunpulan data di bahagian hadapan dan penyepadu sumber informasi di bahagian belakang. Bahagian belakang sistem boleh diubahsuai untuk menerima informasi dari sumber-sumber yang berlainan. Sistem ini boleh beroperasi di dalam pelbagai persekitaran supaya Pusat Pengurusan Pengangkutan menjadi pusat pertukaran dan perkongsian data. |
 |
| S10. |
Selain DBKL, di manakah sistem ini dilaksanakan? |
| J10. |
ITIS diubahsuai untuk memenuhi keperluan projek tempatan. Secara fizikalnya, ITIS mempunyai banyak persamaan dari segi operasi dengan sistem-sistem yang telah digunakan di Singapura (EMAS), Sydney, Perth dan bandaraya lain di seluruh dunia (hampir semua bandaraya besar di Amerika Syarikat, Benua Eropah dan Jepun menggunakan sistem seperti ini). |
 |
 |
 |
| S11. |
Apakah portal ITIS? |
| J11. |
Portal ITIS menyebarkan informasi trafik berguna di Internet melalui servis-servisnya yang mudah digunakan seperti Perancang Perjalanan, Tip Memandu dan Pengangkutan Awam. |
 |
| S12. |
Apakah fungsi Perancang Perjalanan? |
| J12. |
Perancang Perjalanan memberi infomasi berguna mengenai lebuhraya dan laluan Ekspres seperti lokasi tol dan bayaran, kawasan rehat, direktori stesen petrol, tip laluan pintas dan senarai nombor kecemasan supaya pengguna jalan raya dapat merancang perjalanan mereka di Lembah Kelang dengan lebih mudah. |
 |
| S13. |
Apakah fungsi Tip Memandu? |
| J13. |
Tip memandu memaparkan artikel-artikel berguna mengenai tip keselamatan, adab di jalan raya, bengkel dan rujukan pemandu untuk panduan pemandu. |
 |
| S14. |
Apakah fungsi Pengangkutan Awam? |
| J14. |
Pengangkutan Awam menyediakan jadual-jadual perjalanan, tambang dan waktu perkhidmatan bas awam dan rel serta direktori perkhidmatan teksi untuk anda merancang perjalanan anda di Lembah Kelang. |
 |
| S15. |
Bilakah ITIS akan siap sepenuhnya? |
| J15. |
ITIS akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2005. |
 |
| S16. |
Bilakah perkhidmatan ITIS melalui telefon mudah alih akan diperkenalkan? |
| J16. |
Perkhidmatan ITIS melalui telefon mudah alih akan diperkenalkan pada pertengahan tahun 2005. |
 |
| S17. |
Adakah saya perlu mendaftarkan diri untuk menggunakan servis ITIS? |
| J17. |
Tidak, anda tidak perlu mendaftarkan diri untuk menggunakan servis ITIS. Anda hanya perlu melawati portal ITIS untuk mendapatkan informasi trafik berguna di Lembah Kelang. |
 |
| S18. |
Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk menggunakan servis-servis di portal ITIS? |
| J18. |
Tidak, servis ITIS di portal ITIS adalah percuma. |
 |
| S19. |
Bagaimana saya dapat menghubungi perkhidmatan pelanggan ITIS? |
| J19. |
Anda boleh menghubungi ITIS dengan menggunakan borang Hubungi Kami. |
 |
 |
 |